Mengenai Kami
"Pelancaran Pengumuman oleh Better Malaysia Foundation mengenai program perusahaan sosialnya untuk menjadikan pemilikan rumah benar-benar mampu milik untuk isi rumah berpendapatan rendah pada April 2021"
Sejak November 2019, Better Malaysia Foundation telah menghimpunkan “Brain Trust” iaitu para profesional dalam Kerjasama untuk melancarkan program perusahaan sosial baharu untuk memberi penyelesaian yang inovatif dan lestari untk menangani jurang mampu milik yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dalam komuniti setempat. Selain itu, dalam menangani keperluan khusus dan tumpuan kepada perumahan, Yayasan My First Home telah dilancarkan pada 23 Disember 2021
“Memiliki sebuah rumah bermakna mempunyai kepentingan dalam negara. Ini bermaksud seluruh rakyat Malaysia perlu bekerjasama untuk menjaga golongan miskin dan mengekalkan keharmonian negara supaya seluruh rakyat dapat hidup dengan Bahagia”
– Tan Sri Vincent Tan
SIAPA KAMI
Yayasan My First Home (YMFH) ialah yayasan kebajikan yang ditubuhkan sebagai syarikat jaminan terhad yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016 pada 23 Disember 2021. Yayasan ini berfungsi sebagai penggerak untuk mengumpul semua pihak yang berkepentingan: pemaju perumahan, pembiaya, penderma, organisasi bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkaitan dan pihak-pihak lain yang berminat di dalam gabungan dan usaha holistik bagi memenuhi matlamat utama kami, iaitu mempromosi dan memudahkan pembangunan rumah mampu milik dan pembelian rumah tersebut oleh golongan isi rumah B40.
Memandangkan kekurangan rumah mampu milik yang agak teruk, segmen berpendapatan rendah (kumpulan B40) di dalam masyarakat kita tidak dapat membeli rumah, melainkan suatu usaha dilakukan menangani masalah tersebut. Ini adalah objektif utama YMFH – meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan gologan tersebut.
FOKUS KAMI
Konsep ‘Housing Continuum’ menerangkan kelompok perumahan dalam masyarakat. Ianya merangkumi tempat perlindungan, perumahan sokongan, sewaan dan pemilikan persendirian. Pada dasarnya, sistem perumahan negara menyediakan tempat tinggal untuk semua golongan masyarakat, di samping mempertingkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat ke arah pemilikan rumah.
Permintaan yang paling besar adalah di tahap bawah continuum tersebut. Akan tetapi, demi memenuhi permintaan tersebut, pembiayaan yang besar diperlukan dan ianya hanya boleh dilakukan oleh sektor awam. Pada peringkat awalnya, YMFH akan menumpu kepada meningkatkan pemilikan rumah mampu milik – mengubah penyewa untuk menjadi pemilik.
Memang tiada penyelesaian yang mudah di dalam isu kemampumilikan rumah. Semakin lama ianya dibiarkan, semakin dalam kerosakan ekonomi, sosial dan insan yang akan disebabkannya. Sebarang usaha pembaharuan perlu melibatkan pelaburan yang tinggi dan komitmen yang agak ketara, demi memudahkan kemampumilikan rumah.
Kita perlu menolak sangkaan bahawa menyewa adalah penyelesaian yang terbaik untuk golongan berpendapatan rendah. Segment penyewa sememangnya sentiasa diperlukan, walaubagaimanapun, memudahkan pemilikan rumah melalui cara-cara yang inovatif, untuk golongan khusus yang sememangnya sudah “bersedia”, adalah suatu alat yang akan mempermudahkan kejayaan kewangan dan status mobiliti.