BMF bantu golongan B40 miliki rumah – Vincent Tan
About the project
April 29, 2021
KUALA LUMPUR: Better Malaysia Foundation (BMF) melancarkan program usaha sosial baharu untuk membantu menyediakan penyelesaian kepada masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, terutamanya isi rumah B40. Pengasas dan pengerusi BMF, Tan Sri Vincent Tan percaya usaha sosial tersebut akan memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki, yang disesuaikan reka bentuknya untuk membolehkan sesebuah keluarga hidup dengan maju dan jaya.